Ederson Moraes
Ederson Moraes

Ederson Moraes

Ederson Santana de Moraes (lahir 17 Ogos 1993), ringkasnya dikenali sebagai Ederson (pt-BR), ialah pemain bola sepak profesional Brazil yang beraksi sebagai penjaga gol untuk kelab Manchester City dan pasukan kebangsaan Brazil. Beliau dikenali meluas sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dunia kerana gaya permainannya dan penghantaran bola yang tepat kepada rakan sepasukannya.Ederson memulakan kariernya di São Paulo pada tahun 2008 sebelum menyertai kelab Portugal, Benfica pada setahun kemudian dan beliau kekal di sana buat selama dua musim. Pada tahun 2012, beliau berpindah dari Ribeirão ke kelab Primeira Liga, Rio Ave dan menjadi pemain utama pasukan. Beliau telah menyertai semula Benfica pada tahun 2015 dan dimasukkan ke dalam pasukan simpanan sebelum melakukan debut bersama pasukan utama dan berjaya merangkul empat gelaran utama selama dua musim. Buat musim 2017-18, Ederson menyertai kelab Inggeris, Manchester City dengan nilai perpindahan sebanyak £35 juta sekali gus menjadi penjaga gol termahal dari segi nilai nominal paun sterling pada masa perpindahannya. Beiau kemudian menjuarai Liga Perdana dan Piala EFL pada musim sulungnya di England dan meraih treble domestik pada musim berikutnya. Secara keseluruhannya, Ederson telah memenangi lima gelaran Liga Perdana, dua trofi Piala FA Inggeris, empat Piala EFL dan Liga Juara-Juara Eropah bersama City yang termasuk sebahagian daripada kejayaan treble bersejarah pasukan pada tahun 2023.Ederson telah melakukan penampilan sulungnya untuk Brazil pada tahun 2017. Beliau terpilih untuk menyertai skuad Brazil bagi dua edisi Piala Dunia pada tahun 2018 dan 2022 serta kejohanan Copa América pada tahun 2019 2021, dengan memenangi kejohanan itu bagi edisi 2019.

Rujukan

WikiPedia: Ederson Moraes https://web.archive.org/web/20190611000407/https:/... https://www.fifadata.com/documents/FWC/2018/pdf/FW... https://www.espn.co.uk/football/player/_/id/176948... https://www.premierleague.com/players/12707/Ederso... https://uk.soccerway.com/players/ederson--santana-... https://www.bbc.co.uk/sport/football/48236232 https://www.bbc.co.uk/sport/football/65785637 https://www.bbc.co.uk/sport/football/43101681 https://www.bbc.co.uk/sport/football/47268861 https://www.bbc.co.uk/sport/football/51601970